Tuesday, August 3, 2010

MINYAK KELAPA MENAMBAH TENAGA


Anda tidak perlu menjadi begitu radikal untuk menjadi seorang individu yang sihat. Kita yang mengawal tubuh badan kita sendiri. Corak pemakanan yang tidak seimbang menjadikan kita seorang yang tidak sihat. Terlalu banyak artikel yang memperkatakan tentang keburukan lemak dan minyak. Lemak membunuh, lemak punca masalah jantung dan lemak jugalah penyebab kanser.

Pada tahun 1998, Pertubuhan Jantung Amerika telah mengumumkan kepada orang ramai untuk mengurangkan pengambilan lemak trans yang terdapat dalam marjerin. Lemak trans juga dikenali sebagai minyak yang mengandungi molekul hidrogen. Ia terkandung di dalam makanan segera, namun penggunaannya kini dikurangkan sejak bahaya penggunaan lemak trans mula diuar-uarkan.

Minyak kelapa adalah minyak yang palingsihat. Minyak kelapa adalah minyak paling stabil yang boleh anda beli. Ia tidak bertukar kepada lemak dengan mudah dan ia juga tidak menyerang arteri. Kebaikan minyak kelapa telah dikaji oleh seorang pengembara, Weston Price. Beliau mendapati, kebanyakan penduduk tempatan menjadikan kelapa sebagai ubat untuk kebanyakan penyakit.

Dalam pemerhatian beliau juga turut mendapati, mereka yang mengambil kelapa dalam diet harian tidak mempunyai penyakit kanser, komplikasi hati, artritis mahupun diabetis.

Minyak kelapa bersifat anti virus, anti kulat(mampu membunuh yis juga) dan anti bakteria. Minyak kelapa sering ditafsir sebagai minyak yang rendah lemak. Ia bertindak seperti karbohidrat, mudah cerna di dalam hati dan sebagai sumber tenaga segera. Ia tidak berkumpul seperti kebanyakan lemak lain.

Disebabkan sifatnya yang memberi tenaga segera, ramai atlet menambah minyak kelapa di dalam minuman mereka.

Selain itu, ia menambah fungsi kelenjar tiroid serta meningkatkan kadar metabolisme diambil jika anda ingin mengurangkan berat badan).Minyak kelapa juga meningkatkan sistem pencernaan manusia dan mampu menyerap vitamin dan mineral terutama kalsium dan magnesium juga asid amino. Mempertingkatkan keupayaan glukos dalam darah serta menambah keupayaan penyerapan insulin.

Memasak menggunakan minyak kelapa lebih sihat terutama pada bahan masakan yang digunakan. Minyak kelapa membantu tubuh badan untuk pulih dan merawat kecederaan dengan pantas. Ia membantu dengan menyokong sistem imunisasi serta melindungi dari pelbagai jenis kanser. Baik untuk jantung anda, minyak kelapa juga memastikan platlet darah melekat antara satu sama lain.

Ia turut mengurangkan tekanan darah, selain bersifat anti oksida jadi pengambilannya membuatkan anda kelihatan segar dan lebih muda.

Apa yang minyak kelapa boleh buat pada wajah anda pasti membuatkan anda teruja. Ia menjadi penangkis dari jangkitan, melembut dan melembap kulit wajah anda, selain itu ia mencegah kedutan, kendur dan bintik penuaan.

No comments:

Post a Comment