Sunday, July 25, 2010

MKD MENGURANGKAN RISIKO KANSER

MINYAK KELAPA DARA MENGURANGKAN RISIKO KANSER
Setiap orang mempunyai sel kanser dalam tubuh tetapi tidak semua orang diserang sakit kanser kerana sistem kekebalan tubuhnya dapat menghancurkan sel kanser sebelum sel kanser bermaharaja lela.

'Hanya apabila sistem kekebalan tidak mampu menghancurkan sel-sel berbahaya ini maka kanser akan berkembang'-Arthur I Holleb, American Cancer Society.

Sifat anti mikrobial MCFA pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghapuskan bakteria dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. MCFA mengambil alih tugas mematikan mikroba dan dengan kurangnya gangguan tersebut, sel darah putih lebih ringan beban kerja, dapat bebas mencari dan menghapuskan sel-sel kanser. Minyak Kelapa Dara bukan sahaja mampu membantu sel-sel darah putih tetapi MCFA pada Minyak Kelapa Dara juga merupakan anti-karsinogenik yang menghalang munculnya ajen kersinogenik dalam tubuh. MCFA mempunyai sifat anti-oksidan yang dapat mencegah reaksi radikal bebas yang karsinogenik itu.

No comments:

Post a Comment