Tuesday, August 3, 2010

MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MINYAK KELAPA DARA


Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan minyak kelapa sebagai pengganti minyak sayuran lain akan menyebabkan kandungan kalori tubuh berkurangan. Jumlah kalori yang diberikan minyak kelapa dara memiliki kemampuan yang hampir sama dengan peranan karbohidrat kerana minyak kelapa dara dicerna dan diproses secara berbeza dengan lemak-lemak yang lain didalam sistem penghadaman.

Tidak seperti lemak-lemak yang lain, MCFA (Medium-Chain Fatty Acid) yang terdapat dalam minyak kelapa dara dicerna dan digunakan secara berbeza. Asid lemak tidak dikemas di dalam lipoprotein dan tidak diedarkan di dalam aliran darah seperti lemak-lemak yang lain, namun dihantar terus ke dalam hati (liver) di mana ia kemudian terus diubah menjadi tenaga sama seperti karbohidrat. Jadi, ketika Anda memakan minyak kelapa dara, tubuh terus menggunakannya dalam menghasilkan tenaga bukan menyimpannya sebagai lemak didalam tubuh.

Salah satu jenis makanan yang dapat mempercepat metabolisme tubuh adalah minyak kelapa dara. MCFA meningkatkan metabolisme tubuh ke tahap yang lebih tinggi, dengan cara ini, tubuh dapat membakar lebih banyak kalori. MCFA tidak hanya dibakar untuk menghasilkan tenaga, namun Asid Lemak Rantaian Sederhana (MCFA) yang terdapat dalam minyak kelapa dara juga mendorong pembakaran Asid Lemak Rantai Panjang (LCFA) yang terdapat dalam lemak-lemak sayuran seperti minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak jagung. Dengan meningkatnya metabolisme, jumlah tenaga atau jumlah kalori yang dibakar meningkat.

Menambahkan minyak kelapa dara ke dalam makanan dapat menjadi cara yang hebat untuk membantu mengurangkan kandungan lemak di dalam tubuh.

Tapi perlu diingat walaupun minyak kelapa dapat mempercepat metabolisme, jika anda makan berlebihan maka berat badan Anda masih tetap akan tinggi. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan minyak kelapa dara adalah menambahkannya dalam pola makan yang sesuai.

Minyak kelapa mengandung sumber MCFA semulajadi yang paling konsistan. Menggantikan minyak sayuran lain(minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari) dengan minyak kelapa dara dalam makanan akan membantu menurunkan berat badan. Penggunaan minyak sayuran yang disuling secara kimia akan meningkatkan berat badan bukan hanya dari kandungan kalorinya tetapi kerana kesannya yang merbahaya pada tiroid kelenjar yang mengendalikan metabolisme. Minyak sayuran tidak tepu akan memberi kesan tehadap aktiviti tiroid, sehingga melambatkan kemampuan metabolik sangat berlawanan dengan minyak kelapa dara. Pengambilan minyak tidak tepu yang tinggi seperti minyak bunga matahari, akan lebih menyebabkan penambahan berat badan dibandingkan lemak jenis lain, bahkan lebih tinggi berbanding lemak haiwan. Setiap kali memakan minyak tidak tepu, kelenjar tiroid kita diserang dan hilang kemampuannya untuk berfungsi secara normal sehingga mengakibatkan kenaikan berat badan.

Oleh sebab itu, tidak perlu kuatir, walaupun sebagian besar komponen minyak kelapa adalah lemak tepu, tetapi pengambilannya tidak menimbulkan kegemukan. Malah sebaliknya, ia dapat mengurangkan berat badan. Pengambilan minyak kelapa dara dengan dos 3 sudu makan setiap hari.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget