Sunday, July 25, 2010

MKD MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

MINYAK KELAPA DARA RISIKO PENYAKIT JANTUNG
Ahli sains mutakhir ini telah menjumpai satu senjata baru yang amat berkuasa untuk melawan sakit jantung. Senjata yang mengejutkan ini adalah Minyak Kelapa Dara. Memakan Minyak Kelapa Dara secara berterusan boleh mengurangkan kemungkinan anda diserang penyakit jantung.

Minyak Kelapa Dara yang natural adalah minyak yang sihat untuk jantung. Malahan ia adalah satu daripada dua minyak makan(yang satu lagi adalah minyak omega-3) yang dapat mengurangkan kelikatan darah yang menjuruskan kepada penyakit jantung.

Penyakit jantung adalah disebabkan oleh atherosclerosis(pengerasan arteri) yang diperlihatkan oleh pembentukan plak di dalam arteri. Kecedaraan pada arteri boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti toksin, radikal bebas, virus atau bakteria. Jika punca kecederaan itu tidak dihilangkan, ia boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah. Apabila platlet bertemu dengan kawasan yang tercedera, ianya akan melekat di tempat tersebut dan di tisu-tisu yang rosak. Baginilah caranya 'blood clots' terbentuk. Kecedaraan oleh berbagai sebab akan menyebabkan platlet melekat. Gabungan tisu platlet, kalsium, kolestrol dan triglicerida berkumpul di kawasan yang cedera untuk merawat kecederaan. Tisu-tisu yang banyak ini akan membentuk plak di arteri. Apabila proses ini berlaku di arteri koroneri yang menyambung ke jantung ianya disebut koronari jantung.

Minyak Kelapa Dara yang tepu tidak meningkatkan kolestrol darah. Ia sebenarnya menurunkan paras kolestrol kerana kemampuannya untuk merangsang metabolisma yang memberi kesan juga kepada penurunan berat badan.

Minyak Kelapa Dara menolong meningkatkan kolestrol HDL dan membaiki profil kolestrol. HDL adalah kolestrol yang baik yang menolong melindungi diri daripada serangan sakit jantung. Oleh kerana Minyak Kelapa Dara cenderung untuk meningkatkan HDL, kadar kolestrol diperbaiki lantas megurangkan risiko penyakit jantung.

Penyakit jantung boleh dirawat dengan antibiotik, namun kesan antibiotik adalah terhad dan ianya hanya baik untuk melawan bakteria, Jangkitan yang disebabkan oleh virus akan kekal tidak terjejas. Ada satu yang dapat membunuh bakteria dan virus yang selalu dikaitkan dengan serangan sakit jantung dan ianya adalah MCFA yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara.

No comments:

Post a Comment