Tuesday, August 3, 2010

MINYAK KELAPA DARA DAN PENGAWALAN PENYAKIT KARDIAVASKULAR

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.

Tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai komposisi asid lemak tepu yang tinggi, komponen inilah yang menjadikan sifatnya sangat istimewa. Empat dekad lalu kita sering disajikan dengan informasi salah oleh sesetengah ahli politik dan golongan profesional barat yang mempunyai kepentingan sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi media dan seterusnya membuatkan kita beranggapan asid lemak tepu adalah mudarat untuk kesihatan. Hanya sedikit maklumat sahaja yang difokuskan kepada fakta bahawa asid lemak tepu bukan sahaja terdiri famili tunggal, tetapi ianya terdiri daripada subkumpulan; iaitu asid lemak berantaian pendek (C2-C6), sederhana (C8-C12) dan=20 panjang (C14-C24). Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan kepada jumlah atom karbon (C).

Adakah minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol? Tidak, minyak kelapa dara yang diproses secara bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol darah. Contohnya, sekumpulan penyelidik telah menyedari penduduk di Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan diet kelapa dalam kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke atas populasi yang mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan yang rendah. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.

Pendekatan semulajadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak, meningkatkan metabolisma, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras kolesterol darah dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular adalah pembekuan darah. Platlet adalah protein yang terdapat pada darah berperanan dalam proses pembekuan darah. Semakin tinggi daya kelekitan platlet semakin tinggi risiko darah untuk membeku. Kajian terdahulu menunjukkan kebanyakan lemak contohnya minyak sapi, mentega, marjerin, dan minyak sayuran menyebabkan peningkatan kelekitan platlet.

Salah satu lemak yang tidak menyebabkan kelekitan platlet adalah MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa. Lemak ini akan segera dibakar di dalam badan dan tidak menyebabkan deposisi pada saluran darah.
Di samping itu, gaya hidup masa kini yang lebih bertumpu kepada makanan segera dan diproses merupakan penyumbang terbesar kepada risiko penyakit kardiovaskular. Makanan yang diproses telah melalui proses hidrogenasi yang menyebabkan makanan segera kurang selamat untuk dimakan. Penghidrogenan yang menggunakan tekanan haba yang tinggi menyebabkan terhasilnya lemak trans iaitu lemak yang tidak baik. Lemak trans adalah lemak tiruan yang terhasil daripada proses penghidrogenan dan sangat toksik kerana badan manusia tidak mempunyai mekanisma khas untuk memproses dan menyingkirkan lemak trans. (Bahagian 3)

Willett dan rakan-rakan menyatakan lemak trans menyebabkan penyakit kardiovaskular. Kajian menunjukkan asid lemak trans menyumbang kepada aterosklerosis dan penyakit jantung. Sebagai contoh kajian ke atas haiwan mendapati, haiwan yang diberi diet yang mengandungi asid lemak trans mendapat aterosklerosis berbanding dengan haiwan yang diberi makan selain daripada lemak trans.

Minyak kelapa dara adalah anugerah Tuhan yang amat berharga dan memainkan peranan dalam menurunkan paras kolesterol darah. Oleh itu adalah mustahil anugerah semula jadi ini membawa kemudaratan.

No comments:

Post a Comment