Sunday, July 25, 2010

MKD MENGURANGKAN RISIKO DIABETES

MINYAK KELAPA DARA MENGURANGKAN RISIKO DIABETES

Terdapat dua jenis penyakit diabetes:

Type 1 : Insulin dependent diabetes
Pankreas tidak upaya menghasilkan insulin yang mencukupi untuk memindahkan glukos secukopnya ke sel-sel. Sel-sel tidak memperolehi cukup glukos untuk menjana metabolisme dan memberi tenaga bagi proses pertumbuhan dan pembaik-pulihan

Type 2 : Non-insulin dependent diabetes
Pankreas menghasilkan sejumlah insulin yang normal, tetapi sel-sel pula tidak berupaya menyerapnya. Sel boleh mati dan tisu organ tidak dapat berfungsi.

Dalam kedua-dua jenis diabetes, paras glukos di dalam darah meningkat, sementara sel-sel pula sebaliknya kekurangan glukos. Cara megawal diabetes adalah dengan diet rendah gula dan tinggi karbohidrat. Jumlah lemak dihadkan kepada setakat 30% kandungan kalori.

Karbohidrat yang mudah dan gula bertapis perlu dielakkan kerana karbohidrat mudah, boleh mendatangkan tekanan yang tak sewajarnya ke atas penkreas dan akan segera meningkatkan kandungan gula. Lemak dan makanan yang manis dikurangkan adalah untuk mengelakkan penurunan berat badan. Rawatan ke atasnya melibatkan suntikan insulin sekali atau lebih setiap hari.

Lemak tepu dihadkan pengambilannya kerana dipercayai boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Namun, kulprit terbesar adalah minyak tak tepu berganda(polyunsaturated). Kajian telah menunjukkan bahawa apabila lemak tak tepu berganda dari diet bergabung di dalam struktur selular, kemampuan sel untuk mengikat diri dengan insulin menurun, justeru mengurangkan kemampuan untuk mendapatkan glukos. Minyak tak tepu berganda amat mudah teroksidan dan dimusnahkan oleh radikal bebas. Lemak tepu yang teroksidan di dalam membran sel boleh memberikan kesan buruk kepada fungsi sel. Lemak pada Minyak Kelapa Dara membantu mengawal gula dalam darah. MCFA boleh menyediakan tenaga yang diperlukan kepada sel-sel tanpa memberikan kesan buruk kepada paras gula dalam darah. Oleh kerana Minyak Kelapa Dara boleh membantu meningkatkan metabolisma, ianya juga membantu tubuh membakar lebih banyak kalori yang mengakibatkan penurunan berat dan membantu mengawal diabetes.

Minyak Kelapa Dara tidak memerlukan banyak pengeluaran enzim oleh pankreas. Ini mengurangkan tekanan ke atas pankrea, membolehkan organ untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Minyak Kelapa Dara membantu membekalkan tenaga kepada sel-sel kerana ianya mudah diserap tanpa memerlukan enzim atau insulin. Ia berkemampuan memperbaiki pengeluaran insulin dan penggunaan glukos darah.

No comments:

Post a Comment