Tuesday, August 3, 2010

APAKAH DIA MINYAK KELAPA DARA?

Minyak Kelapa Dara ialah minyak kelapa yang dihasilkan oleh proses Teknologi Bio(Bio-technology), suatu proses yang bebas daripada proses pemanasan dan bebas daripada bahan-bahan kimia seperti mana yang biasa digunakan untuk menghasilkan minyak masak biasa.

Oleh kerana proses pemanasan tidak berlaku dan bahan kimia tidak digunakan dalam menghasilkan Minyak Kelapa Dara, maka unsur-unsur penting yang tinggi nilai perubatan dan kesihatan yang terkandung dalam Minyak Kelapa Dara dapat dikekalkan, kerosakan tidak berlaku, khasiat serta 'keperawanan' minyak dipertahan justeru itu, ia dipanggil 'Minyak Kelapa Dara'

Minyak kelapa yang 'dara sifatnya' itu bukannya minyak 'kelapa dara' sebaliknya 'minyaknya yang dara dari buah kelapa yang tua!'

No comments:

Post a Comment