Monday, July 26, 2010

MINYAK KELAPA DARA MENERIMA REPUTASI BURUK

Sejak 1950-an, penyelidikan menunjukkan kebaikan kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa. Minyak kelapa pada ketika itu dirumuskan sebagai minyak yang paling baik. Jadi bagaimana minyak kelapa kemudiannya disifatkan sebagai begitu tidak beguna serta menjadi kambing hitam kepada arteri tersumbat. Sebab terjadi demikian dapat dipertanggung-jawabkan ke atas 'American Soyabean Association(ASA). Bermula pada 1980-an, apabila media mendakwa minyak kelapa adalah lemak tepu dan boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Produk yang mengandungi minyak kelapa atau minyak sawit akan dilabel sebagai tidak menyihatkan.

Pada 1986, ASA menyediakan satu kit melawan lemak kepada penanam kacang soya untuk mengajak mereka menulis surat kepada kerajaan, syarikat-syarikat makanan dan sebagainya memprotes kemasukan minyak tepu tropika seperti minyak sawit dan minyak kelapa. Isteri-isteri dan ahli keluarga 400 000 penanam kacang soya digalakkan merentas sempadan dalam melaksanakan kerja-kerja melobi bagi mempromosi kebaikan kesihatan dari penggunaan minyak kacang soya ini. Center for Science in the Public Interest(CSPI) menyertai peperangan ini dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan minyak sawit, minyak kelapa dan minyak isirong sawit sebagai 'lemak penyebab arteri tersumbat'.

CSPI, sebuah badan aktivis pengguna telah mengkritik lemak tepu semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1970-an. Mereka telah tersalah percaya bahawa semua lemak tepu adalah sama lalu menyerangnya dengan sepenuh hati. Tampaknya CSPI melihat lemak tepu sebagai syaitan paling jahat dalam kehidupan manusia. ASA telah menemui rakan yang kuat dan lantang dalam kempen mereka untuk mengambil-alih pasaran minyak tropika. Sebagai kumpulan yang mendakwa sebagai pembela dalam tanggung jawab pendidikan makanan, amat mengejutkan sekali apabila CSPI begitu jahil sekali dalam memahami lemak tepu.

Kekurangan ilmu pada CSPI megenai 'lipid bio-chemistery' terdedah dalam satu risalah yang mereka terbitkan berjudul 'Saturated Fat Attack'. Dr Mary Enig, PhD menyatakan 'terdapat banyak sekali kesilapan-kesilapan besar di dalam risalah tersebut, termasuk kesilapan dalam huraian mengenai bio-kimia lemak dan minyak dan juga kenyataan-kenyataan yang jelas salah sepenuhnya mengenai kandungan lemak dan minyak dalam banyak produk-produk yang dinyatakan'. Kekurangan maklumat saintifik yang tepat pada CSPI telah secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai alat dan boneka pada ASA.

Pengekspot minyak sawit dari Malaysia juga menyediakan suatu kempen balas ke atas apa yang disebutkan sebagai 'taktik menakut=nakutkan yang ganas' terhadap produk minyak tropika. Yang menjadi percaturan adalah USD 3 billion pasaran minyak sayuran di Amerika Syarikat, yang menjadi rebutan pengeluar minyak soya tempatan. Industri minyak tropika yang tidak banyak sekutu dan memiliki kewangan yang sangat kecil, tidak mampu menyaingi gabungan usaha oleh ASA, CSPI dan yang lainnya. Sedikit sahaja yang mahu mendengar protes penyebaran maklumat palsu yang digunakan untuk menyerang minyak tropika.

Bila serangan ke atas minyak tropika bermula, profesional dalam bidang perubatan dan penyelidikan yang sudah terbiasa dengan minyak ini mula tertanya-tanya kenapa. Mereka tahu bahawa minyak kelapa tidak menyumbang kepada penyakit jantung dan ia memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan. Sebahagian daripada mereka tampil ke depan untuk menjelaskan kebenaran. Tetapi pada ketika itu masyarakat awam sudah kukuh menyebelahi ASA dan mereka enggan mendengar.

'Minyak kelapa mempunyai kesan neutral pada kolestrol darah, meskipun pada situasi di mana minyak kelapa adalah satu-satunya sumber lemak' lapor Dr George Blackburn, seorang penyelidik di Havard Medicak School, yang membuat perakuan pada bidang kongres mengenai minyak tropika pada 21hb Jun 1988.

'Minyak tropika ini telah digunakan sebagai sebahagian besar dari diet banyak kumpulan masyarakat selama ribuan tahun dengan tidak ada langsung bukti kesan-kesan bahaya kepada masyarakat yang menggunakannya' jelas Mary G Enig, PhD seorang pakar dalam lemak dan minyak dan juga seorang bekas penyelidik bersekutu di University of Maryland.

Negara yang mempunyai rekod pengambilan minyak sawit yang tertinggi di dunia adalah Malaysia dan Costa Rica. Namun kadar penyakit jantung dan level serum kolestrol mereka adalah jauh lebih rendah dari warga negara barat. Kempen 'menakut-nakutkan minyak tropika' sesungguhnya bukan isu kesihatan yang sebenar. Meskipun testimoni daripada beberapa profesional perubatan dan juga penyelidik lipid pihak media hanya memberikan perhatian amat sedikit. Mereka yang mengetahui kebaikan minyak kelapa tidak diendahkan malahan telah dikritik oleh mereka yang telah di'brainwashed' oleh momokan media. Disebabkan strategi ganas oleh ASA dan rakan-rakan mereka, maklumat rekaan yang mereka laungkan itu berjaya mengalahkan fakta saintifik.

Akibat dari peperangan ini, minyak kelapa dan minyak sawit hampir hilang dari diet Amerika. Akibatnya amat sedikit asid lemak yang dapat meningkatkan kesihatan diambil sebaliknya lebih banyak menggunakan asid lemak trans sepertimana yang banyak terdapat pada minyak soya yang terhidrogenasi yang sebenarnya merosakkan kesihatan. Hampir 80% minyak sayuran yang digunakan di Amerika pada hari ini adalah dari kacang soya. 3/4 dari minyak tersebut adalah terhidrogenasi(mengadungi sehingga 50% asid lemak trans). Hakikat ini sesungguhnya amat buruk sekali. Jumlah asid lemak trans yang keji itu, begitu banyak sekali memenuhi makanan Amerika hari ini walhal sebelum ini ianya tidak sebegitu.

Kita sudah tewas dalam peperangan. Kita kehilangan kemanfaatan kesihatan yang dapat dihasilkan dari produk-produk kelap. Dan kita juga memperolehi peningkatan kemungkinan untuk menghidapi penyakit jantung, kanser, diabetes, penyakit berjangkit, obesiti dan kelemahan sistem imun. Namun hingga ke hari ini masih ada lagi yang tidak faham, yang masih terus mengutuk minyak kelapa sebagai mengandungi lemak tepu yang menyumbat arteri.

Kepada siapakah anda harus percaya? Adakah anda mahu mempercayai industri minyak soya, yang mempunyai kepentingan yang besar atau anda mahu mempercayai kajian masyarakat di Kepulauan Pasifik; yang makan banyak minyak kelapa namun tetap memiliki tahap kesihatan yang jauh lebih baik.

Hakikat sebenarnya, terdapat banyak jenis lemak tepu dan semua lemak tersebut memberikan kesan yang berbeza ke atas tubuh badan. Tidak semua lemak tepu berbahaya. Jenis lemak tepu yang terdapat pada minyak kelapa, yang bersumberkan tanaman amat berbeza daripada jenis lemak tepu yang terdapat pada sumber ternakan.

Minyak tepu pada kelapa adalah yang berantai sederhana(Medium Chain Fatty Acid-MCFA) yang baik pada kesihatan dan tidak membahayakan. MCFA yang diambil dihantar terus ke hati dan langsung diubah menjadi tenaga sebagaimana karbohidrat. MCFA dalam minyak kelapa mengandungi lebih sedikit kalorinya.

Itulah nasib kelapa dan tidak ramai yang bangkit membelanya. Tanaman makanan yang hanya dianugerahkan kepada masyarakat tropika ini tela digambarkan sebagai amat buruk dan disisihkan.

Namun yang baik tetap baik dan akan tampil sebagai baik akhirnya. Kini para penyelidik telah berupaya mendedahkan satu persatu kebaikan yang terdapat pada kelapa dan minyaknya serta masyarakat dunia telah kembali kepadanya.

No comments:

Post a Comment