Sunday, July 25, 2010

MKD MENGURANGKAN RISIKO MASALAH PROSTAT

MINYAK KELAPA DARA MENGURANGKAN RISIKO MASALAH PROSTAT
Masalah prostat yang sangat biasa bagi lelaki adalah 'benign prostatic hyperlapsia, BPH' atau pembesaran prostat. Penyakit ini biasanya berlaku kepada hampir separuh dari semua lelaki yang berumur 40 hingga 59 tahun dan hampir 90% daripada mereka yang berusia 70an dan 80an. Pembesaran prostat, walaubagaimanapun bukanlah salah satu akibat daripada proses penuaan, tetapi gaya hidup dan diet juga memainkan peranan penting.

Apabila lelaki meningkat usia, testosterone diubah menjadi hormon yang dikenali dehydrotestoterone, DHT dan menumpuk dalam kalenjar prostat. Hormon ini menggalakkan pertumbuhan sel-sel prostat yang mengakibatkan prostat membesar dan menekan urethra. Hal ini menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan menjadikan sistemnya semakin melemah, dan ini selalunya disertai dengan kebengkakkan pada kelenjar. Meskipun ianya bukan sesuatu yang berkanser, namun ia menyediakan suatu tapak untuk terjadinya keadaan sedemikian.

Ekstrak buah Saw Palmetto sangat berkesan mengurangkan kesan BPH. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak Saw Palmetto memberikan kesan yang baik kepada hampir 90% pesakit biasanya dalam tempoh 4 hingga 6 minggu. Saw Palmetto adalah tumbuhan dari keluarga palma dan kesan perubatannya adalah dari MCFA di dalam buah tersebut. Sebagaimana asid lemak dalam buah Saw Palmetto menghalang pembentukan hormon DHT, MCFA yang terkandung dalam Minyak Kelapa Dara juga mempunyai kemampuan yang serupa.

No comments:

Post a Comment