Sunday, July 25, 2010

MKD MENGURANGKAN RISIKO HIV/AIDS

MINYAK KELAPA DARA MENGURANGKAN RISIKO HIV/AIDS
Salah satu dengan masalah dengan ubat anti-virus yang digunakan bagi melawan AIDS adalah ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini seperti pengecilan otot, mual, muntah, anorexia, penindasan sum-sum tulang, ulceration, pendarahan dalam perut, ruam kulit, anemia, keletihan, dan gangguan fungsi mental. Satu lagi masalah adalah virus AIDS boleh tumbuh berkembang dengan daya ketahanan terhadap ubatan, selalunya menjadikan virus lebih kebal menahan diri mereka.

Tidak seperti ubat yang biasa digunakan, MCFA meyerap masuk ke dalam membran virus lalu, melemahkan membran virus sehinggalah ianya pecah terlerai justeru membunuh virus tersebut.

Adalah tidak memungkinkan bagi virus membina ketahanan terhadap mekanisma ini, jadi MCFA boleh menyerang dan membunuh apa-apa baka virus HIV, meskipun super-virus yang secara genetiknya kebal terhadap ubat-ubatan. Pada masa ini sebahagian penyelidik menganjurkan supaya individu yang terkena jangkitan HIV mengambil sesuatu yang bersamaan dengan 24-28 gram asid laurik setiap hari untuk mengurangkan muatan virus secara signifikan. Ini bersamaan dengan 3.5 sudu besar/50 gram Minyak Kelapa Dara. Walaupun belom diketahui samada asid laurik boleh mengubati AIDS pada suatu hari nanti, namun asid laurik boleh dibuktikan dapat mengurangkan muantan HIV dalam diri mereka yang terkena jangkitan virus ini.

Malangnya Minyak Kelapa Dara yang amat murah harganya menjadi sebab kenapa kajian mengenai kegunaannya untuk merawat AIDS menjadi amat perlahan. Syarikat farmasutikal tidak berminat membina kajian ke atas bahan natural ini, kerana mereka tidak boleh melindunginya dari paten serta tidak dapat mengenakan bayaran rawatan yang mahal.

Biaya perubatan HIV boleh mencapai sehingga USD 15 000 setahun. Jika semua ratusan ribu pesakit yang dijangkiti dengan virus ini membayar sekitar jumlah ini dapat dibayangkan berapa banyak wang yang dapat dipungut oleh syarikat-syarikat farmasutikal tersebut.

No comments:

Post a Comment